Khamis, 26 Januari 2012

Yang Lalu Biarkan Berlalu ....



Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali masa lalu itu dalam kehidupan kite sekrang kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan suatu tindakan yang kurang cerdik .. itu seumpama kite  sendiri yang membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalangi diri kita untuk menjalani kehidupan yang seadanya ...

Bagi orang berfikir, peristiwa yang lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali . kita harus mengurung dan melupakannya .. mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar ia tidak dapat keluar .. tapi, walau bagaimanapun semua peristiwa tersebut merupakan sebahagian dari masa lalu kita yang telah pun berakhir ..

Janganlah kita hidup di dalam mimpi-mimpi buruk yg terdapat dalm masa lalu kita ,. angkatlah diri kita dari fantasi tersebut! adakah kita mahukan kekecewaan dan kesedihan itu berulang kembali?? Apakah kita mengharapkan matahari kembali ke tempat asalnya??  bayi kembali ke dalam perut ibunya?? dan air mata kembali ke dalam kelopak mata ?? padahal semua itu akan mengalirkan kembali air mata kia ...

Dengan kembali ke masa lalu, itu bermakna kita akan merasakan kembali keresahan dan kesedihan itu .. masa lalu tidak ubahnya seperti api yang akan terus membakar .. membuka semula lembaran masa lalu itu akan merosakkan suasana yang ada .. semua yang telah berlaku ia tidak akan berulang kembali .. dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada kehidupan yang kita miliki sekarang ..

Orang yang berusaha kembali pada masa lalu tidak ubahnya seperti orang yang menggiling tepung, padahal dirinya sendiri tergiling di dalamnya .. terdapat ungkapan orang dulu-dulu yang patut kite jadikan panduan dan sempadan buat diri kita iaitu "janganlah kalian mengeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya" .. dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa terdapat segolongan orang yang memahami bahasa haiwan . orang-orang tersebut menanyakan sesuatu pada seekor keldai" mengapa engkau tidak mahu merenungi apa yang telah berlalu? "maka keldai itu menjawab"kerana aku tidak suka pada kebohongan".

Bencana akan mudah menimpa kita seandainya kita lemah untuk menghadapi kenyataan hidup pada masa kini dan kita sentiasa menyibukkan diri kita dengan masa lalu .. kita kehilangan keindahan istana yang kita miliki dan mempertaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu yang telah usang ..  manusia sebenarnya tidak perlu untuk melihat pada masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang kerana angin akan terus berhembus ke depan .. air akan mengalir ke depan ,setiap kafilah akan berjalan ke depan .. oleh kerana itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan