Setiap manusia seharusnya selalu mengingati setiap nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita kerana nikmatnya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua tapak kaki kita .
Apakah kita pernah terfikir bahawa berjalan dengan kedua kali itu merupakan suatu yang biasa padahal masih ramai lagi orang yang di luar sana tidak mempunyai kaki ! Apakah kita mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu merupakan suatu perkara yang mudah padahal masih ramai orang yang kehilangan kedua betisnya ! Pernahkah kita merasai dan menghargai nimatnya tidur dengan memejamkan kedua mata yang kita miliki sementara itu masih ramai orang yang tidak dapat tidur oleh kerana kesakitan yang ditanggung ! Pernahkah kita merasa nista ketika kita sedang menyuapkan makanan yang lazat dan minuman yang dingin ke dalam mulut sementara itu masih terdapat ramai orang yang tidak dapat makan dan minum hanya kerana penyakit yang mereka deritai !
Renungkanlah wahai sahabat-sahabatku !!! bertapa besarnya fungsi pendengaran dimana Allah telah menjauhkan diri kita dari ketulian .. penglihatan kita yang terhindar dari kebutaan .. dan ingatlah kulit kita yang cantik yang telah Allah hindarkan dari penyakit kudis dan gatal .. perhatikan juga fungsi otak kita ! Allah telah memberikan kesihatan akal sehingga kita terhindar dari kegilaan yang menghinakan .. apakkah kita sanggup menggantikan mata kita dengan emas sebesar bukit uhud? inginkah kita menjual pendengaran kita dengan seharga perak bukit? apakah kita juga mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah yang kita miliki , namun kita bisu ? apakah kita mahu menukar kedua tangan kita dengan butiran-butiran permata dan berlian tetapi kita kudung?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan