Selasa, 24 Januari 2012

Hidup Bagai Warga Asing Di Perantauan



Dunia ini hakikatnya adalah tempat persinggahan.. kita datang dari alam lain dan sedang menuju kembali kepada tempat asal kita.Dengan kata lain,kita seumpama warga asing yang sedang bermusafir di dunia.Imam Ghazali Rhm ada membuat perbandingan hidup di dunia ini bagai memasuki sebuah bangunan. bangunan itu hanya mempunyai dua pintu setiap orang akan memasuki bangunan itu melalui pintu masuknya dan mereka diharuskan berjalan atau mundar-mandir di dalam bangunan itu untuk tempoh waktu yang tertentu.apabila tamat tempoh tersebut mereka perlu keluar melalui pintu keluar dan tidak dibenarkan lagi keluar dari pintu masuk .Di atas lantai bertaburan barang-barang keperluan dan perhiasan yang tersedia diletakkan oleh pemilik rumah untuk kegunaan dan kemudahan mereka yang masuk ke dalam bangunan.barang-barang tersebut juga adalah tinggalan orang-orang sebelumnya yang berjalan melintasi bangunan ini dari pintu masuk ke pintu keluar.


SIMPANAN DAN PELABURAN

Begitulah setiap orang daripada kita yang datang ke dunia ini dengan tangan kosong.setiap seorang datang ke dunia ini dari rahim ibu tanpa seurat benang pun. di dunia ini kita dibenarkan hidup untuk tempoh tertentu sehingga ajal maut datang menjemput.sepanjang tempoh itu,masing-masing kita dibenarkan mundar-mandir mencari bekalan dan penghidupan di dunia ini.orang yang bijak akan membuat simpanan pelaburan untuk kehidupan pada masa akan datang yang kekal abadi.sementara orang yang bodoh akan sibuk mengumpul harta dunia untuk kegunaan di dunia.apabila malaikat Izrail datang untuk menjemput keluar dari alam dunia melalui pintu alam barzakh maka terpaksalah waktu itu kita tinggalkan segala barangan dan kemudahan yang ada terkumpul.Rasulullah SAW ada mengingatkan kita bahawa dunia ini adalah satu pengenbaraan.sabda Rasulullah SAW :'Oleh kamu ini warga asing atau pengembara di sebuah perjalanan"

CIRI-CIRI PERANTAU

Justeru, hidup yang berkualiti di dunia adalah hidup selayaknya seorang perantau. maka apakah yang perlu dibawa dan patut dikutip di dalam kembara ini?? untuk menjawab persoalan ini maka kita perlu memahami ciri-ciri orang dagang dan meletakkan diri sebagai warga asing di perantauan. Antarannya :

1.orang dagang itu tahu bahawa dia berada di tempat asing yang bukan kediaman kekal. dia sebenarnya cuma berada di sana buat sementara waktu sahaja.
2.orang dagang itu tahu dengan jelas tujuan dan maksud dia berada di tmpat itu. contohnya, hendak mencari ilmu,mengumpul wang dan seumpamanya..
3.Orang dagang atau warga asing itu tidak terikat emosi dan rohaninya dengan tempat dia merantau. hati dan ingatannya sentiasa terikat dengan tempat asalnya. Justeru itu dia hidup ala kadar sahaja tanpa perancangan yang jauh untuk tinggal tetap di tempat dia merantau ..
4.orang dagang itu sangt patuh kepada undang-undang di tempat dia berada . ini kerana dia tidak mahu timbul sebarangan masalh atau terpenjara di tempat dia merantau. lebih-lebih lagi kerana dia tiada kenalan atau sahabat yang boleh membantunya untuk melepaskan diri dari undang-undang berbanding di tempat sendiri, mungkin sahaja akan ada kenalan atau orang yang kasihan dan bersimpati untuk menolong dia melepaskan diri.
5.orang dagang itu hatinya rindu dan ingin bertemu kembali dengan sanak saudara dan sahabat sejati, hanya berkawan dan ada kenalan.
6.orang berdagang di perantauan itu sangat kuat bergantung hati dengan Allah untuk mendapat bantuan dan pertolongan. sebab apa-apa pun boleh terjadi di luar jangkaan dan perancangannya.

Beruntunglah jika kita memahami hal ini. hidup di dunia akan berkualiti dan lebih bermakna jika ia menjadi medan amal mengumpul bekalan hidup di akhirat. dunia bukan tempat bermegah dan menyombong diri dan mengumpul  harta. Insafilah bahawa harta yang sebenarnya menjadi milik kita adalah yang sempat kita dahulukan untuk Allah. harta yang ditinggalkan setelah kematian menjemput kita pula bukan lagi milik kita..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan