Sabtu, 28 Januari 2012

Ingatkan Diri Kita Akan Keindahan Syurga


Jika kita menderita, kekurangan, kesedihan, dizalimi dan selalu mendapat penyakit yang tidak juga sembuh maka ingatkanlah diri kita pada kenikmatan syurga yang kekal abadi . sekiranya kita betul-betul menyakini "jalan" ini dan mengamalkannya sudah pasti kita mampu mengubah setiap kerugian menjadi untung dan setiap bencana akan menjadi nikmat..

    Manusia yang berakal adalah mereka yang sentiasa melakukan sesuatu berorientasikan akhirat dengan menyakini bahawa akhirat itu adalah lebih baik dan kekal abadi . sebaliknya, manusia yang pendek akalnya adalah mereka yang memandang dunia ini sebagai tempat mereka, rumah mereka dan tujuan akhir dari semua harapan mereka .

   Manusia yang berfikir sedemikian, adalah orang yang paling sedih ketika menghadapi sesuatu musibah dan orang yang paling menyesalketika ditimpa sesuatu bencana . itu semua, hanyalah mereka memandang kepada kehidupan dunia yang fana dan hina ini. mereka tidak pernah memikirkan hal yang lain, selain kepentingan dunia, tidak melakukan sesuatu kecuali hanya untuk dunia. bahkan , mereka seolah-olah tidak rela sedikit pun keceriaan dan kegembiraan mereka di dunia di ganggu dan di usik ..

       Sebaliknya, sekiranya mereka membuka tabir kesedihan yang menutupi hati mereka dan membuka kebodohan yang menutupi mata mereka itu sudah pasti mereka akan berbicara kepada diri mereka sendiri tentang masih adanya tempat tinggal yang kekal abadi(akhirat), pelbagai kenikmatan yang akan diperolehi di dalamnya dan juga tentang istana-istananya yang indahan . mereka juga akan sentiasa terdiam mendengarkan penjelasan-penjelasan wahyu Illahi tentang gambaran keindahan akhirat. dan sesungguhnya demi Allah akhirat itulah yang sebenar-benarnya tempat kembali yang layak untuk diberikan perhatian dan memerlukan usaha yang keras untuk mendapatkannya ..

    Pernahkah kita merenungkan secara mendalam tentang keadaan para penghuni syurga yang tidak pernah sakit,tidak pernah bersedih hati,tidak mati,sentiasa muda dan pakaian mereka tidak akan lusuh sedikit pun?? pernhakah kita mengingatkan diri kita dengan kebenaran berita Illahi yang mengatakan bahawa di syurga terdapat semua hal yang tidak pernah dilihat oleh mata,terdengar oleh telinga dan terdetik di dalam hati manusia??cubalah kita renungkan khabar Illahi yang mengatakan bahawa sebatang pohon di syurga tidak akan selesai dikelilingi oleh seorang pengendara kenderaan selama 100 tahun lebih! panjang akar pohon itu mencapai 60 batu.. sungai-sungainya yang mengalir degan penuh teratur, istana-istananya berdiri indah dan megah, buah-buahnya bergayut rendah sehingga mudah dipetik, mata airnya terus mengalir,bantal-batal sandarannya tesusun rapi dan permaidani-permaidaninya terhampar luas!! di syurga kita akan dapat rasakan kesenangan yang sempurna, kegembiraan yang agung dan semerbak harum baunya , luhur sifatnya dan merupakan tempat mewujudkan harapan .. lalu dimanakah akal kita sampai kita tidak pernah cuba untuk memikirkan semua itu??mengapa kita langsung tidak merenungkannya??

    Apabila fikiran tercurah-curah pada kebahagiaan akhirat sudah pasti segala musibah akan terasa ringan dipikul, air mata yang menitis dari orang yang ditimpa bencana dengan sendirinya kering membeku dan hati akan selalu bahagia .

     Wahai sahabat-sahabatku yang sedang dilanda kesusahan, dan yang sedang diuji dengan pelbagai kesulitan teruslah beramal dengan amalan yang soleh! semoga kalian semua ditempatkan di dalam syurga yang telah Allah siapakan untuk kita semua agar kita semua dapat berada dekat dengan-Nya ...

Jumaat, 27 Januari 2012

Hidup Ini Sememangnya Begitu ...



    Hidup ini sememangnya adalah pergiliran antara senyuman dan tangisan .. janganlah hanya mengharapkan siang yang berkekalan , lantaran gelap malam pasti akan datang bertandang .ia adalah ketetapan dalam kehidupan .. Dia Yang Maha Esa telah menentukan demikian dalam janji-Nya . kita hanyalah insan, akuilah kita seorang hamba yang tersangat kaya dengan kemiskinan,, kita tersangat penuh dengan kekurangan . sewaktu kita alpa pada terangnya siang.sesekali , kita resah kerana gelapnya malam ..

    Jangan dibiar hati kita dipanggang resah! janganlah kita biarkan jiwa kita berterusan dibakar api kegelisahan .. fahamilah akan hakikat hidup ini .. lihatlah siratan hikmah dari setiap ketentuan . senyum dan tangis yang dipergilirkan adalah untuk kita memperoleh kebaikan yang berpanjangan .. kita senyum lantaran hidup kita akan bermandikan kenikmatan .kita ceria dengan kemewahan yang dikecapi . segalanya adalah curhan nikmat daripada-Nya Yang Maha Pemurah !.

     Oleh itu, jadilah insan yang terbaik !!!
dengan kenikmatan yang diperolehi maka bersyukurlah jangan sesekali kita terlalai dengan kenikmatan itu .. jangan kita teralpa sewaktu menikmatinya .. jangan sesekali kita lupa akan Allah yang telah memberi nikmat itu untuk kita .. Ingat !! jangan terjebak di jaring kelalaian sewaktu diri kita diselimuti keindahan . di saat diri kita diulit kenikmatan, tundukkan hati kita di mirhab kehambaan .hamba yang akan bersyukur dengan nikmat akan menggunakan seluruh kenikmatan tersebut dengan sebaik mungkin bagi mentaati perintah Allah .

  Apabila kita resah pula lantaran sengsara yang ditanggung ! kita akan hilang pertimbangan sewaktu dilambung gelombang ujian . kita kan menjadi tidak tentu arah lantaran musibah yang bertandang. memanglah , berat mata memandang , berat lagi bahu memikul. di saat kita diuji terasa segalanya membahang dan menyeksa . segalanya serba menyakitkan ..

   Namun , jadilah insan yang terbaik .. dalam gelombang ujian hidup yang menyeksa ada maksud tersirat yang hebat daripada-Nya ... dalam sengsara yang ditanggung kerana terhempas badai ujian ia bermaksud supaya kita beroleh pahala kesabaran .. lihatlah hikmah daripada kejadian . perhatikan yang tersirat daripada apa yang tersurat .. ujian diberi, adalah untuk menghapuskan koleksi dosa-dosa yang terdapat dalam kehidupan kita .. Dia bermaksud 'menyeksa' kita disini supaya jangan kita terazab nanti di sana .malah ukuran cinta Allah kepada kita tersangatlah ajaib . semakin hebat cinta-Nya kepada para hamba, semakin dahsyat curahan ujian akan menimpa ..

                                             DUNIA MEDAN AIR MATA

   Seawal kelahiran manusia adalah disulam dengan teriak tangisan . tidak ada yang lahir ke dunia ini bersama dengan ketawa dan hilai tawa .begitulah yang bakal ditempuhi dalam langkah di dalam kembara kehidupan . segalanya adalah curahan musibah dan tangisan. demikian pula perjalanan akhir kehidupan manusia akan ditutup dengan tangisan .sewaktu jenazah telah terkujur di kasur duka, sekeliling adalah esak dan air mata! benarlah . dunia adalah medan air mata ...

   bergembiralah dalam memijak kerikil-kerikil yang sukar dalam kembara ini . sahara kehidupan yang membahang ini adalah janji kenikmatan di puncak kesabaran . maka rasailah kasih-Nya di saat kita derita lantaran kasih Illahi itu sememangnya akan ditemui dalam kepedihan musibah ..

     Untuk itu , janganlah kita terlalu sukar untuk mengisi kotak-kotak dalam silang kata dalam kehidupan ini. dengan nikmat yang diperolehi, syukurlah! dengan ujian yang dihadapi, sabarlah! sungguh , hidup ini memang begitu ....

Khamis, 26 Januari 2012

Yang Lalu Biarkan Berlalu ....



Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali masa lalu itu dalam kehidupan kite sekrang kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan suatu tindakan yang kurang cerdik .. itu seumpama kite  sendiri yang membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalangi diri kita untuk menjalani kehidupan yang seadanya ...

Bagi orang berfikir, peristiwa yang lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali . kita harus mengurung dan melupakannya .. mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar ia tidak dapat keluar .. tapi, walau bagaimanapun semua peristiwa tersebut merupakan sebahagian dari masa lalu kita yang telah pun berakhir ..

Janganlah kita hidup di dalam mimpi-mimpi buruk yg terdapat dalm masa lalu kita ,. angkatlah diri kita dari fantasi tersebut! adakah kita mahukan kekecewaan dan kesedihan itu berulang kembali?? Apakah kita mengharapkan matahari kembali ke tempat asalnya??  bayi kembali ke dalam perut ibunya?? dan air mata kembali ke dalam kelopak mata ?? padahal semua itu akan mengalirkan kembali air mata kia ...

Dengan kembali ke masa lalu, itu bermakna kita akan merasakan kembali keresahan dan kesedihan itu .. masa lalu tidak ubahnya seperti api yang akan terus membakar .. membuka semula lembaran masa lalu itu akan merosakkan suasana yang ada .. semua yang telah berlaku ia tidak akan berulang kembali .. dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada kehidupan yang kita miliki sekarang ..

Orang yang berusaha kembali pada masa lalu tidak ubahnya seperti orang yang menggiling tepung, padahal dirinya sendiri tergiling di dalamnya .. terdapat ungkapan orang dulu-dulu yang patut kite jadikan panduan dan sempadan buat diri kita iaitu "janganlah kalian mengeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya" .. dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa terdapat segolongan orang yang memahami bahasa haiwan . orang-orang tersebut menanyakan sesuatu pada seekor keldai" mengapa engkau tidak mahu merenungi apa yang telah berlalu? "maka keldai itu menjawab"kerana aku tidak suka pada kebohongan".

Bencana akan mudah menimpa kita seandainya kita lemah untuk menghadapi kenyataan hidup pada masa kini dan kita sentiasa menyibukkan diri kita dengan masa lalu .. kita kehilangan keindahan istana yang kita miliki dan mempertaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu yang telah usang ..  manusia sebenarnya tidak perlu untuk melihat pada masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang kerana angin akan terus berhembus ke depan .. air akan mengalir ke depan ,setiap kafilah akan berjalan ke depan .. oleh kerana itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan ..

Rabu, 25 Januari 2012

Apabila Aib Menimpa Wanita


Nilai seorang wanita adalah kehormatan dirinya ,seorang wanita dipandang terhormat jika dia memelihara nilai kewanitaannya.. nilai kewanitaan adalah lambang seseorang itu terhormat .. wanita yang terhormat sangt mulia dan sangat tinggi nilainya di sisi Allah SWT dan juga dalam pandangan manusia ..
Nilai seorang wanita itu akan rosak sebaik sahaja berlakunya perbuatan zina .. zina akan menyebabkan wanita dan lelaki jatuh ke lembah kehinaan .. namun aib zina lebih berat memihak kepada wanita .. kerana aib itu lebih terserlah dengan besarnya perut si wanita itu oleh kerana mengandungkan anak luar nikah hasil daripada perbuatan zina itu .. itulah puncannya, wanita yang melahirkan anak luar nikah sanggup membuang anak yang baru sahaja dilahirkan .. dia tidak rasa bangga dan bahagia dengan kelahiran anak dari rahimnya seperti yang dirasakan oleh kebanyakan ibu .. sebaliknya dia rasa sangat aib dan terhina ...

Perempuan akan mengandungkan anak zina apabila diceroboh oleh lelaki durjana .. menceroboh hak kejadian diri wanita tanpa izin agama .. oleh kerana tanpa izin agamalah ia dinamakan "ceroboh" walaupun dengan izin dan rela si wanita yang dicerobohi ia tetap akan menanggung aib ..  Jelas sekali nilai kehormatan wanita itu terletak pada kemaluannya inilah punca ia menerima aib iaitu aib mengandungkan anak hasil zina . tanggungjawab memelihara kemaluan  daripada lelaki yang yang tidak halal adalah wajib . maka tidaklah keterlaluan dikatakan , wanita yang tidak memelihara kemaluannya  daripada di ceroboh adalah orang yang rendah nilai kehormatannya ..

    Orang tua-tua bijak berkata, nilai kewanitaan adalah mahkota . wanita yang telah diceroboh diibaratkan sebagai kelapa yang telah ditebuk tupai .. kesuciannya sudah tidak dapat dikembalikan . bermain dengan cinta terlarang membawa kepada hilangnya maruah diri ..


Cinta itu sebenarnya suci, seperti kata pujangga dan ulama hamka
"cinta ibarat kain putih, kitalah yang akan mencorakkannya"
ertinya , kain putih akan menjadi rosak jika kita mencontengnya dengan cat sesuka hati .. dan ia akan menjadi cantik jika ia dilukis dengan cermat dengan menggunakan warna-warna yang menarik ..
demikianlah  jika cinta itu mengumpan pencerobohan, itulah kain putih yang dirosakkan dan jika ia mengumpan kepada pernikahan itulah kain putih yang dilukis dengan penuh kesenian yang menyebabkan ia menjadi cantik berseri .. hakikatnya , setiap wanita perlu mengetahui Allah menjadikan wanita di sisi lelaki adalah sebaik-baik kejadian . :)

Sabar Itu Indah


Menghiasi diri dengan  sifat sabar merupakan akhlak orang-orang yang mulia.. mereka menghadapi kesulitan hidup dengan berlapang dada, tidak mudah menyerah serta penuh dengan kepercayaan diri .. oleh itu , seandainya kalau kita tak bersabar apa lagi yang boleh kita lakukan??
  Apakah kita mempunyai penyelesaian yang lain selain daripada kita bersabar?? dan apakah kita mengetahui senjata lain selain daripada kesabaran untuk menghadapi persoalan hidup??

    Suatu ketika dulu terdapat seorang tokoh yang menghadapi pelbagai musibah yang datang silih berganti dalam hidupnya dan juga pelbagai kesulitan yang datang untuk menghancurkannya.. setiap kali selesai satu kesulitan akan hadir pula kesulitan yang lain.. meskipun demikian ,ternyata ia mampu menepis segala kesulitannya itu dengan kesabaran dan menjadikan kepercayaannya terhadap Allah sebagai perisai diri daripada kehancuran ...

    Demikianlah yang dilakukan oleh orang-orang mulia dan terhormat itu dalam berjuang melawan setiap dugaan dan mencampakkan  semua kesulitan hidupnya ke atas tanah ..

   Bersabarlah !!! akan tetapi , ketahuilah bahawa kita tidak akan mampu bersikap sabar kecuali atas pertolongan dan taufiq dari Allah ...          bersabarlah sebagaimana kesabaran orang yang yakin akan datangnya pertolongan Allah kerana Allah adalah orang yang sebaik-baik tahu akan tempat kembali.. bersabarlah meskipun kita menghadapi pelbagai persoalan hidup yang menghalangi jalan yang akan kita tempuhi .. sesungguhnya pertolongan Allah akan datang setelah kesabaran, kelapangan dada akan datang setelah kesusahan dan kemudahan akan datang setelah kesulitan ..

Jadilah Yang Terbaik ... !!!

........... SAMA ADA AKAN MENJADI BINTANG ATAU RUMPUT IA ADALAH DALAM LALUAN TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN UNTUK KITA. NAMUN, YANG TERHEBAT ADALAH MEREKA YANG BERJAYA MENJADI YANG TERBAIK DALAM APA JUA SITUASI DAN KEADAAN DALAM JALUR KIHIDUPANNYA !

    Cacatan ini saya temui dalam diari yang telah sekian lama tersimpan . hati saya bagai ditarik apabila saya menatap sebuah pesanan yang terdapat dalam helaian diari tersebut. catatannya adalah sangat indah dan berharga. saya ingin berkomgsi  dengan sahabat-sahabat saya sekalian dan berikut adalah untaian pesanan tersebut :      
                      Jadilah yang terbaik !
                   kalau ditentukan jadi bintang,
                     jadilah bintang yang terbaik dilangit...
               kalau ditakdirkan menjadi remput,
                  jadilah rumput yang terbaik di bumi !


Marilah kita bermusabah dalam simpuh keinsafan pada kata-kata tersebut .. marilah kita membuka siratan rasa yang ada didalam jiwa agar kita akan temui suluh panduan yang sangat bernilai  untuk diambilmenjadi panduan yang berharga dalam kehidupan...

                            JANGAN SELESA HANYA SEADANYA

    Manusia yang hebat adalah mereka yang sentiasa cuba melakukan sesuatu dalam keadaan yang terbaik. usaha yang dibuat  diberikan secara maksimum. fokus dan kesungguhannya adalah dalam tahap bersungguh . manakan mungkin seorang bintang sukan akan berjaya dalam kariernya jika dia dalam usaha yang seadanya.. begitu juga dengan seorang pelajar , dia tidak mungkin akan sukses dalam pelajarannya seandai usahanya berada di dalam keadaan biasa .. Allah SWT juga menilai hambanya pada amalan yang dilaksanakan dengan cara yang terbaik .ini jelas seperti yang direkodkan dalam firman-Nya :
              
      "Dialah yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji kamu
                       siapakaha di antara kamu yang terbaik amalan". ( At-Tahrim ayat 2)
Bahkan perlu diingat hamba yang mendapat kasih sayang Allah adalah mereka yang itqan dalam melaksanakan pekerjaan dan amalannya.


               BINALAH JIWA YANG CEMERLANG

  Orang yang berjiwa cemerlang adalah mereka yang sentiasa positif dalam apa jua suasana dan keadaan dia akan cuba menjadi yang terbaik. temuilah maksud yang hebat daripada kata-kata ini :

       "benih yang baik itu kalau dicampak ke laut menjadi pulau ,
          kalau dihumban ke darat akan menjadi gunung"
   Demikian keperibadian seorang mukmin yang sejati . dia sentiasa inginkan yang terbaik bahkan dia juga merupakan seorang yang sentiasa berusaha untuk menjadi insan yang terbaik .. mungkin dia terjulang di puncak kemasyhuran, kejayaan, kegemilangan dan kehebatan dia tetap akan menepati kedudukan yang terbaik. dia akan menjadi bintang yang terbaik yang tergantung di dada langit.. dia juga akan berusaha menjadi yang terbaik di dalam kalangan yang terbaik .. dia kan berusaha untuk menjadi juara yang sebenar ..
    Atau mungkin dalam ketentuan takdir untuknya dalam kehidupan , dia hanyalah seumpama sehelai rumput dijalanan. kekayaan dan kemasyhuran serta kelebihan bukanlah menjadi milik dirinya. Namun, jiwanya tetap dalam keadaan yang terbaik. dia tidak akan rasa terhina, dia juga tidak akan terhenyak lumpuh dalam perasaan rendah diri yang menyeksakan .. dia positif dan teramat bangga untuk menjadi sehelai rumput yang terbaik di bumi ..dia tetap ingin memberi erti keberadaannya untuk memberi manfaat dan kebaikan .

Justeru, pokok segalanya adalah berpangkal di dalam jiwa sama ada akan menjadi bintang atau rumput , ia adalah laluan takdir setiap yang telah ditetapkan untuk kita .. Namun, yang terhebat adalah mereka yang berjaya menjafi yang terbaik dalam apa jua situasi dan keadaan dalam jalur kehidupannya ... :)

  

Selasa, 24 Januari 2012

Jalani Hidup Apa Adanya

Keadaan dunia ini penuh kenikmatan, banyak pilihan, penuh rupa, banyak warna dan semua itu juga bercampur-baur dengan kecemasan dan kesulitan hidup dan kita merupakan sebahagiaan dari dunia yang berada dalam kesukaran ...
kita tidak akan pernah menjumpai seorang ayah,ibu,isteri,sahabat tempat tinggal atau pekerjaan yang padanya tidak terdapat sesuatu yang menyulitkan bahkan kadangkala setiap hal itu terdapat sesuatu yang buruk yang tidak akan kita sukai .. maka dengan itu, padamkanlah panas keburukannya pada setiap hal itu dengan dinginnya kebaikan yang ada padanya.. seandainya kita mahi selamat dengan adil dan bijaksana kerana setiap luka itu ada harganya...
Allah menghendaki dunia ini sebagai tempat bertemunya dua hal yang saling berlawanan, dua jenis yang saling bertolak belakang, dua kubu yang saling bertentangan dan dua pendapat yang saling bertentangan: yang baik dengan yang buruk, kebaikan dengan kejahatan , kebahagiaan dengan kesedihan . dan setelah itu, Allah akan mengumpulkan semua yang baik dan kebahagiaan itu si syurga ... adapun yang buruk, kerosakan dan kesedihan akan dikumpulkan di neraka ..


Dunia akan terlaknat semua yang ada di dalamnya terlaknat kecuali zikir(ingat) kepada Allah, perbuatan yang dicintai Allah dan sesuatu yang dapat mendekatkan diri hamba kepada-Nya serta orang yang berilmu atau orang yang mempelajari ilmu yang bermanfaat (Al-Hadith)


Maka jalanilah hidup ini sesuai dengan kenyataan yang ada, jangan hanyut dalam khayalan dan jangan kita terbang ke alam imaginasi .. hadapi kehidupan ini apa adanya serta kawallah jiwa kita untuk dapat menerima dan menimatinya... bagaimanapun, tidak mungkin semua teman yang kita miliki akan jujur dengan kita dan semua perkara sempurna di mata kita .. kerana ketulusan dan kesempurnaan itu ciri dan sifat kehidupan dunia...