
Wahai Sahabatku, setelah lapar ada kenyang, setelah haus ada kepuasan, setelah berjaga malam ada tidur yang nyeyak dan setelah sakit ada kesembuhan.. setiap yang hilang akan kembali dijumpai , dalam kesesatan akan ada petunjuk, dalam kesulitan sudah pasti akan ada kemudahan dan setiap kegelapan akan hadir cahayanya..
....Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan(kepada Rasul-Nya)
atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya ... (Al-Ma'idah : ayat 52)
Saat kita melihat hamparan padang sahara yang seolah-olah memanjang tanpa batas, ketahuilah bahawa disebalik kejauhan itu terdapat kebun yang rimbun dan dedaunnye bewarna hijau yang kelihatan yang begitu segar .. ketika kita melihat seutas tali meregang kencang ketahuilah bahawa tali itu akan segera putus..
Setiap tangisan akan berhujung dengan senyuman yang manis yang akan terukir dibibir .. ketakutan akan segera berakhir degan rasa keamanan.. dan kegelisahan akan disinari dengan kedamaian .. nyalaan api tidak akan mampu membakar tubuh Nabi Ibrahim A.S oleh kerana pertolongan Illahi membuka"fendela"yang mengalirkan kesejukan dan keselamatan .. Lautan yang luas juga tidak mempunyai kuasa untuk menenggelamkan Kalimur-Rahman iaitu Nabi Musa A.S itu kerana suara kebenaran yang kuat berkata
sekali-kali tidak akan tersusul sesungguhnya Rabbku besertaku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku (Asy-syu'ara ayat:62)
ketika bersembunyi dari dikejar oleh kaum kafir dalm sebuah gua, Nabi Muhammad S.A.W
yang maksum mengkhabarkan kepada Abu Bakar bahawa Allah Yang Maha Tunggal dan Maha Tinggi ada bersama mereka sehingga rasa aman , tenteram dan tenang datang menyelimuti Abu Bakar ..
Mereka yang terpaku pada waktu mereka yang terbatas dan pada keadaan mereka yang mungkin sangt kelam , umumnya hanya akan merasakan kesusahan, kesengsaraan dan keputusasaan dalam hidup mereka.. itu kerana mereka hanya menatap dinding-dinding bilik dan pintu-pintu rumah mereka sahaja .. padahal, mereka seharusnya menimbuskan pandangan sampai ke belakang tabir dan berfikir lebih jauh tentang hal-hal yang berada di luar pagar rumahnya ..
Maka dari itu, janganlah kita merasa terhimpit sejengkal pun kerana setiap keadaan pasti berubah dan sebaik-baik ibadah adalah menanti kemudahan dengan sabar . bertapapun hari demi hari akan terus berganti, tahun demi tahun akan selalu berganti, malam demi malam pun datang silih berganti. Meski demikian , yang ghaib akan tetap bersembunyi dan Sang Maha Bijaksakna tetap pada keadaan dan sifatNya dan Allah mungkin akan menciptakan sesuatu yang baru setelah itu semua tetapi sesungguhnya setelah kesulitan itu tetpa akan muncul kemudahan ...
Selasa, 24 Januari 2012
Setelah Kesulitan Ada Kemudahan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan